KAWAN-KAWAN MENU..

Monday, June 21, 2010

RESTORAN BAGAN HAILAM SEAFOOD | MUARA KLANG

Akhirnya sampai gak aku & family kat restoran ni (post event-last 2 months kitorang pegi)....Hari tu masa tengok Farouk Hussein (Astro Warung Kita-Musim ke-2)gi makan kat sini memang nampak syiokkk and menyelerakan especially King Crab.
Aku memang suka tengok Farouk buat jelajah makan ke seluruh ceruk rantau Malaysia.Syabas Farouk, sekurang2nya mendekatkan penonton dengan semua menu yang ada di segenap rantau negeri.."To know Malaysia is to love Malaysia".

Mula2 sampai kat area Port Klang atau well known as Muara Klang, quite konpius gak sebab dah jauh drive tapi tak nampak apa2 signboard pun....Biar betul Farouk ni...akhirnya berkat mulut ramah bertanya, akhirnya sampai jugak kami di tempat yang bernama Bagan Hailam...memang jauh terceruk pun...macam satu kawasan baru out from Muara Klang.

Sampai je kat situ, dah boleh nampak kolam besar berpagar.ni memang spesel untuk kaki2 pancing pro mahupun amatur..boleh tahan besar kolam pancing kat sini & boleh tahan ramai gak pemancing2 tegar yang melepaskan hobi derang kat sini.Almaklumlah Jumaat malam Sabtu.

Nun di belakang Pusat Memancing tu,dah boleh nampak Restoran Seafood Bagan Hailam, Klang yang dicari2 itu.Kami pun parking kat tepi pagar Pusat Memancing, dapatlah jugak anak2 aku tengok kolam pancing tu dari jarak dekat memandangkan ini merupakan perkara yang baru dalam hidup derang...budak2lah katakan.

Masuk je dalam restoran ni dah boleh rasa angin laut bertiup di pipi..Yelah, restoran ni betul2 kat tepi pantai...bolehlah rasa kedinginan angin laut di malam hari...Aku pilih meja paling dekat ngan pantai.Siap leh nampak perahu2 nelayan lagi.Seronok betul anak2 aku.

Pelayan dah datang,tanpa membuang masa kami pun order:

1. Ikan Siakap Masak Stim Halia

-terasa halia & ikannya.

2. Sotong celup tepung bersalut madu (yummy)

-berebut2 anak aku makan sotong honey yang crispy & sweet ni...memang sedap pun.try gak tiru goreng kat rumah...kureng menjadik.

3. Bamboo Shell Cili Padi (atau org kampung panggil siput pahat)

- menu kegemaran husband aku.dia sorang yang makan...sedap tapi agak pedas

4. Butter Prawn

- mana2 seafood pun,kalau menu ni rasanya lebih kurang je.tapi dah special request dari anak aku nak order butter prawn gak.

5. Lastly, yang ditunggu2 King Crab with Kamyong Style

-sapa yang suka makan ketam & nak lepaskan gian makan ketam, kena cuba king crab ni...cubalah dulu...hehehhehe(peralatan sampingan yang disediakan,penukul mini- kalau tak ketuk ketam ni dengan penukul memang takleh nak rasa isi2 ketam yang manis2 tu)

Bila semua makanan dah terhidang atas meja, aroma makanan tu pun meresap keseluruh jiwa & raga...memang membangkitkan selera ditambah dengan angin laut yang bertiup sepoi2 bahasa.
Akhirnya rezeki kami malam tu di Muara Klang.Puashati sebab semua enjoy the food.Tempat yang cosy & memang sesuai untuk couples,family gathering,office treats etc.
Pesan dari kawan2 opis kalau nak bawak family gi makan kat seafood restoran, stanbylah RM150-250 dalam wallet.Sebab seafood kat sana semua fresh, jadi duit pun kene fresh jugaklah...hehehhehee

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Terima kasih untuk anda....