KAWAN-KAWAN MENU..

Monday, July 12, 2010

AROMA IKAN BAKAR | JERAM, KUALA SELANGOR

 Jeram....Kuala Selangor....Pantai Remis......
Tak lengkap rasanya kalau jadi warga Selangor, KL atau kawasan sekitarnya sekiranya tak pernah berkunjung ke medan ikan bakar Jeram, Kuala Selangor

Untuk perantau seperti aku, tempat ini merupakan salah satu singgahan utama aku & keluarga setiap bulan demi menikmati keenakan dan kesegaran makanan laut dengan harga yang teramat berpatutan.

Dah nama restorannya Aroma Ikan Bakar, sudah semestinya sajian tumpuan merupakan hasil2 laut segar seperti pelbagai pilihan ikan,udang pelbagai saiz & gred,sotong, ketam & pelbagai pilihan kerang-kerangan.
Kalau datang kat sini tak sah kalau tak pilih 2 jenis ikan, sotong, udang atau kerang.

Hari ni aku nak citer tentang kunjungan aku bulan ni memandangkan dah dekat 2 bulan lebih aku tak berkunjung ke sini....

Apa yang kami order petang tu.....

1. Ikan Kerapu Masak 3 Rasa - memang fresh lagi ikan ni....terasa daging ikan yang segar & manis.


2. Kepah Masak Tumis Cili - recommended menu by adik yg jaga kat tempat ikan tu....sedap even first time aku rasa kepah ni (selalunya makan lala atau siput pahat)

3. Butter Prawn -menu wajib anak ke-2 & ke-3 aku.(udang mania)..tidak menghampakan walaupun aku dah mencuba berkali2 udang butter prawn kat sini.


3. Sotong Celup Tepung - special request by anak sulung aku...sungguh enak diratah begitu sajaaaaa...(sampai tak sempat kitorang nak merasa)


4.Ikan Gerut-gerut Bakar - ni favorite menu aku...dah macam kucing pulak rasanya meratah ikan bersama air asam yg sedap.


Secara ringkasnya, kat Kuala Selangor ni bukan setakat restoran Aroma Ikan Bakar je yang ada....Banyak lagi restoran seafood dan ikan bakar yang bersedia untuk menerima kunjungan anda...kalau rajin jalan2 sekitar kawasan pantai, korang akan jumpa deretan kedai seafood & ikan bakar nih....Suggestion dari aku, kalau nak datang sini seeloknya datanglah selepas Asar....sambil2 ingin menjamu selera boleh bawak anak2 & family jalan2 sekitar pantai kat sini...Aku & family memang kebiasaannya datang sebelum senja....antara sebabnya, pilihan ikan yang masih banyak, pelanggan yang tidak terlalu ramai & yang pastinya untuk mengelakkan nyamuk & unggas yg boleh tahan saiznya datang menggigit anak2 aku....

3 comments:

diraja22 said...

sedap sangat..

AZIERA SALIMAN said...

hai tertarik sangat ngan post u ni.. senang tak nak cari jalan ke sana? boleh tak beri direction or any guide utk kesana.. kalau dari sek7 (area icity) ke sana agak2 brape minit ye..?

MENU said...

tak perasan ada komen ...Aziera dah sampai kesana ker...kalau dari Shah Alam blh lalu Jalan Kapar nak ke Kuala Selangor dlm 40-50 minit jer...lepas pekan Kapar tu dah tak jauh dah...signboard untuk restoren pun ada tepi2 jalan dekat nak smpi

Related Posts with Thumbnails

Terima kasih untuk anda....