KAWAN-KAWAN MENU..

Tuesday, June 14, 2011

RESTORAN AZIRA SHAH ALAM

Pagi ini aku nak masukkan entri satu restoren di Seksyen 10 Shah Alam, Restoren Azira. Rasanya mereka yang tinggal disekitar Shah Alam tahu mengenai lokasi restoren ini. Bagi mereka yang tak tahu, harap maklumat yang ingin aku kongsikan kali ini boleh menjadikan panduan untuk anda memilih lokasi makan anda bersama rakan-rakan mahupun keluarga.


Restoren ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan dari pagi, tengahari sehinggalah waktu malam. Tapi kalau sesi tengahari tu, restoren ini akan disesakkan oleh pengunjung-pengunjung yang bekerja. Apa yang dihindangkan???


Entri kali ini aku nak fokus kepada menu makanan tengahari. Pelbagai juadah yang dihidangkan seperti, kari ayam, kari ikan, ayam masak merah, ayam kurma, sup ayam, ikan panggang, ikan bakar, kerabu, sotong masak pedas, tempe goreng pedas dan macam-macam lagi. Kalau berdiri di meja lauk tu boleh sesak juga la kepala nak pilih menu apa. Kebanyakkan lauk disini memang enak-enak belaka. Kalau aku menu yang aku suka ikan bilis goreng pedas bersama kacang tanah.

Pengunjung juga boleh menikmati hidangan lain seperti mee rebus, mee kari, bakso, nasi beriani dan juga nasi ayam. Nasi ayam disini tak kurang juga hebatnya. Keaslian masakan nasi ayam Azira ini memang ketara sekali. Ramai orang kata nasi beriyani dia sedap tapi aku tak pernah cuba. Nasi beriayani entri lain pulak kang ok.

Dari segi harga, restoren ini menawarkan makanan tengahari anda pada harga yang amat berpatutan.

Apa lagi, bagi mereka yang masih mencari-cari menu makanan tengahari ini, mari kita kesana.

AMHI Rating : 4.2 / 5

6 comments:

ken said...

tak ada gambar makanan? :)

::blog anak jawer:: said...

adoyai...berpinar mata nak pilih ni..he3

-Yok mampir diluk = skeleton chicken a.k.a. rangka ayam....

Nava Krishnan said...

Is this somewhere new the Syed Restaurant? My hubby used to stay at the houses opposite the row of shops for many years but have not mentioned this place except the popular nasi briyani from Syed.

menu said...

Syed Restaurant, there no mamat restaurant in S11, maybe ur hubby refer to the other seksyen.

Syed S3 / Syed Plaza Masallam.

menu said...

ken, phone camaera aku dan tak boleh guna. maybe next time blh aku load utk tatapan semua...

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... teruskan berbloging.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Related Posts with Thumbnails

Terima kasih untuk anda....