Rakyat kini boleh menikmati sarapan pagi pada harga RM2 dan makan tengah hari RM4 di 728 premis makanan di seluruh negara, mulai semalam, melalui Program Menu Rakyat 1Malaysia.
Setakat ini, restoran yang terbabit dalam program itu ialah ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India (PRISMA), Persatuan Kedai Kopi Malaysia dan Singapura serta restoran Melayu di bawah koperasi.
Program itu yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian rakyat akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak serta disasarkan disertai 1,000 premis makanan menjelang akhir tahun ini.
link dari Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SarapanRM2di728premis/Article/
No comments:
Post a Comment