KAWAN-KAWAN MENU..

Wednesday, March 28, 2012

WOK WITH ME | MENU PETANG YANG PEDAS

Petang2 macam ni best gak kalau dapat makan kueh-mueh barang seketul dua.
Minum petang atau dalam ayat omputih, High Tea. Tapi tak semestinya High Tea ni hanya minum air teh sahaja. Kopi, Milo, Nescafe atau air kosong pun boleh.

Hari ni aku nak cerita pasal menu minum petang yang pedas menyengat. Anak2 aku yang anti-pedas tu memang tak dapeklah nak mencuba kuih ni. Takpe, isteri aku dah gorengkan keropok ikan sebagai substitute nyer.

Inilah kueh nya :


MASALODEH - apa sebab kueh ni dinamakan MASALODEH tidaklah aku tahu. Rasanya namanya tak ada kaitan langsung dengan masa ataupun kuah lodeh.


Since isteri aku ni orang Penang, memang kueh ni menjadi menu sampingan dalam kategori kueh-mueh. Setiap kali bulan Ramadhan mesti isteri aku akan buat. (sori gambar tak memuaskan)


Resipi kueh ni memang sepenuhnya Kacang Dhal atau kacang parpu (panggilan orang Penang). ditambah dengan aksesori lain seperti bawang, daun kari & cili kering. Rasanya memang rangup & layan habis. Mengapa aku cakap layan habis? sebab rasanya yang pedas & wangi ( dari daun kari) yang membuatkan kita asyik memakannya. Seketul pun tak cukup beb.

Kuih ni memang jarang kita jumpa di kedai2 menjual kuih. Aku pun kadang2 je jumpa kat gerai2 yang jual kuih di tepi jalan. Pernah gak beli & merasa. Memang sangat2 berbeza, mungkin sebab penjual tu campurkan tepung dalam resipi ini. Jadi rasanya tak begitu asli & rangup.

P/s Kadang2 isteri aku gantikan cili kering ni dengan cili padi. Ni lagi adventurous.Tengok asyik tengok UpinIpin kat TV9 sambil menikmati massalodeh ni dengan secawan kopi,dan secara tak sengaja tergigit bahagian cili padi ni. Memang berdesing telinga, siap menitik air mata...hehhehehe
Related Posts with Thumbnails

Terima kasih untuk anda....