KAWAN-KAWAN MENU..

Monday, April 29, 2013

KFC SPICY KOREAN CRUNCH

Demam K-Pop ni memang tak ada penghujungnya. Sampai makanan pun nak di Korea kan. Takpa kalau sedap. Aku ni kalau KFC memang susah nak kalah. Semalam menu tengahari aku makan di KFC. Lokasi KFC Seksyen 20 Shah Alam.

Jadi peluang aku untuk mencuba menu baru Spicy Korean Crunch. Aku order set 2 pcs combo. Dapat 2 ketul ayam disaluti spicy korean crunch, potato corn salad, wedges dan air pepsi RM12.55.


Macam mana. Nampak lazat tak. Sejujur-jujurnya, aku akan repeat semula hidangan baru KFC ini. Lepas ni mesti mahu yang 3 combo la pulak. Rasanya memang sedap tapi satu jer, sos merah tu tak cukup meriah kan, tapi jangan risau ianya boleh ditambah dengan harga seketul RM0.20 sahaja.


Saturday, April 27, 2013

MARCHE...

Salam kepada pengunjung-pengunjung blog aku ni. Lama berkurun juga rasanya blog aku ni tak berisi dengan menu-menu makanan untuk dikongsikan bersama.

Ok. Hari ni aku nak kongsi menu makan tengahari aku hari ini. Memandangkan ada urusan di Ikea Mutiara Damansara, dah lama tak pekena makanan di Marche yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara.

Jom tengok apa santapan tengahari aku sekeluarga hari ini.


Ni all time favorite...susah la pulak nak recall apa namanya ni..

Puding ni menu wajib isteriku

Spaghetti untuk anak aku



Secara keseluruhan memang tak ada beza menu dengan apa yang aku kunjungi beberapa tahun lepas cuma dah tambah stesen untuk makanan seafood. Tapi lupa nak tangkap gambar.

So, jumpa lagi di entri seterusnya. Banyak lagi lokasi yang nak dikongsi tapi tak berkesempatan nak di isi dalam blog.

Wednesday, January 23, 2013

SARAPAN PAGI ROTI BAKAR

Salam dan selamat pagi.

Pagi ni aku nak teruskan lagi memenuhi ruangan Apa Menu Hari Ini dengan bersarapan. Kan bagus memulakan hari dengan sarapan, barulah badan kita sihat, otak dan minda kita menjadi cerdas. Tak gitu.

Jom tengok apa menu sarapan pagi hari ini.

Roti Bakar bersama Telur Hancur dan Kepingan Daging Goreng. Wahhhh, panjang sungguh menu aku bersarapan hari ini. Macam mana rupanya ni...


Menyelerakan tak. Roti ni boleh beli kat kedai-kedai bakeri. Tebal-tebal macam ni baru sedap dan mengenyangkan. Telur tu kalau nak lagi sedap boleh la tambah dengan cili ataupun potongan tomato.

Lepas sarapan, mulakan hari anda dengan ceria.

Friday, January 11, 2013

ROJAK SUBANG SS15

Salam,

Dulu aku pernah buat post pasal ROJAK SUBANG SS15 ni. Saja nak update kat korang. Dulu buka siang jerk. Tapi sekarang restoran ni dah beroperasi sampai 10 malam. Jom malam-malam pekena rojak atau cendol ni.

Nak tau lokasi klik jerk link kat atas tu post aku sebelum ni.

Tuesday, January 8, 2013

TERIMA KASIH NUFFNANG DAN SEMUA

Terima kasih kepada Nuffnang. Cash Out kali kedua dalam sejarah blog aku ini, cheque telah diterima minggu lepas dan sudah clear dibank.

Walaupun tak banyak mana tapi syukur alhamdulillah atas rezeki ini. Terima kasih kepada visitor-visitor dan insyaallah akan kembali aktif dengan menampilkan lokasi-lokasi serta menu-menu yang terbaik untuk tatapan semua.

TERIMA KASIH..........

Thursday, December 13, 2012

MAKAN NASI KARI AYAM DI FOOD COURT THE WELD

Semalam kali pertama aku makan tengahari kat Food Court The Weld. Tau tak kata mana The Weld ni. Yang dekat dengan bangunan Ambank Jalan Raja Chulan. The Weld ni bangunan lama dan tak silap aku baru 2 3 tahun dia di naiktaraf dan semalam aku pergi boleh tahan banyak juga kedai dan orang.

Food Court dia terletak di tingkat 4. Malas naik lif aku naik eskalator. Memandangkan pertama kali pergi aku terus cari gerai yang paling ramai orang. Aku pilih gerai Nasi Ayam. Menu makanan tengahari aku semalam Nasi Ayam Kari Ayam. Harga RM6.00. Mahal ker murah. Aku yang makan aku kata murah sebab dia bagi 2 ketul ayam dalam kari dia. Besar-besar jugak la berpadanan dengan harga yang dia letak. Memandangkan gerai dia jual Nasi Ayam sebagai makanan utama, so nasi yang dia gunakan untuk menu pilihan aku semalam pun dia hidangkan Nasi Ayam dengan Kari Ayam semangkuk. Memang memenuhi citarasa aku la makanan ni.

Minta maaf la semalam tak bawak kamera so tiada gambar nak tunjuk. Mungkin lain kali aku datang ambil gambar sahaja.

Gerai lain pun banyak untuk aku cuba dilain hari. Orang kata banyak yang sedap-sedap dekat Food COurt The Weld ni.

Aku tepek gambar lokasi The Weld je la dulu...heheh



Thursday, October 18, 2012

KEDAI KOPI TAMAN TASIK SHAH ALAM

Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi - oleh Malique feat Salam

Salam,
Tajukdiatas takde kena mengena dengan lagu Cerita Kedai Kopi by Malique & Salam tu walaupun nama tempat makan ni memang seiras dengan tajuk lagu Malique. Mungkin ada bau-bau bacang jer kot.
Tempat makan ni terletak didalam kawasan Taman Tasik Shah Alam, Selangor. Makan kat sini memang nampak view tasik & pokok2 disekelilingnya.
Kalau datang waktu pagi untuk bersarapan, suasana sangatlah nyaman dengan hawa pagi. Waktu petang pula suasana sangat redup beserta angin2 bersepoi daripada pokok2 sekelilingnya. Dan kalau datang waktu malam pula suasana sangat hening dengan lampu yang samar2 sahaja. Memang hanya tempat makan ni sahaja yang beroperasi di area ini.

tengok gambar jommm..



Ini menu list.Dan gambar kat depan tu ialah gambar tempat makan ni pada waktu siang.Kat dalam menu list ni korang boleh pilih pelbagai jenis masakan yang ada untuk dicuba. Dari makanan tempatan sampailah ke western food.
Kalau tak tahu nak pilih menu yang mana, boleh pilih signature dish yang direcommend sendiri oleh chef kat situ...Tak yah pening2 kepala.

Even lokasi Kedai Kopi ni agak tersorok, tapi sambutan dari pelanggan boleh aku kategorikan sebagai "Boley Tahan"..Aku berkunjung kat sini pada malam hari bekerja & setiap meja boley dikatakan fully occupied.Maknanya sambutan agak menggalakkan...

 Char Koey Teow ni wife aku yang order. Memang ni pun intention wife aku sebenarnya, nak try Char Koey Teow kat sini..Maklumlah nilah 1st time ke sini walaupun dah duduk Shah Alam hampir 10 tahun. Rasanya seperti ordinary Char Koey Teow. Sedap & tidak mengecewakan

Ni untuk aku pulak. Chicken Chop with Mushroom Sauce. Sos ni agak pekat & portion ayam agak sedikit..Macam tak puas jer..

Menurut wife aku, Kedai Kopi ni dah lama beroperasi. Sejak dari zaman wife aku dok belajar lagi kat Uitm Shah Alam dulu2..Cumanya selama ini tak berkesempatan untuk mencuba menu kat sini sehinggalah pada malam ini..
bye


WOK WITH ME | MENU RATAHAN | IKAN CELUP TEPUNG

Salam,
Rasanya minggu ni aku akan lebih banyak bercerita tentang menu ratahan/menu sampingan/menu kudapan untuk kategori Wok With Me. Bukannya apa, minggu lepas & minggu ni nampaknya wife aku lebih suka try variasi jenis resepi ratahan/sampingan/kudapan. Last week dia try buat resepi ni HOMEMADE KEROPOK LEKOR. Even gambar homemade keropok lekor ni nampak sedikit sadis, tapi jangan pandang sebelah mata tau. Rasa keropok lekor ni lagi sedap daripada keropok lekor kat gerai tepi jalan yang adakalanya rasanya seperti kotak kadbod tu.Hahahahaha Wife aku guna ikan fresh dari pasar, memanglah rasa kemanisan ikan tu belum pudar & untuk rasa yang lebih power, pas rebus terus makan, tak yah goreng..Rasanya memang perghhhh..sedap & asli seolah2 anda berada di belakang gerai Keropok Losong Terengganu..hihihi.

Ok, habis part homemade keropok lekor...Kali ni wife aku try buat Ikan Celup Tepung pulak...Jom tengok gambar & sila terliur...hahahahahhaha

Nampak macam goreng pisang jer kan...tapi sebenarnya berekor-ekor ikan bilis yang gemuk2 & padat isinya. Wife aku beli kat pasar - RM4 utk 1/2 kilo..murah kan...Tu yg tiba2 datang idea wife aku untuk buat Ikan Celup Tepung tu

Ni hasil gorengan untuk batch yang pertama. Wajib kena snap gambar sblm Ikan Celup Tepung ni hilang ditelan zaman.. Teringat zaman aku belajar kat Dungun dulu2..Time waktu petang kalau nak makan Ikan Kembung Celup Tepung boleh gi kat area Teluk Lipat..Kat situ memang meriah dengan pelbagai jenia hasil laut yang telah digoreng bersama tepung. RM1 untuk seekor Ikan Kembong Celup Tepung ---- heaven-----


Ikan bilis ni sebenarnya banyak tulang gak.Tapi kalau dah goreng rangup2 mcm ni, boleh trus makan tulangnya sebab tersangatlah rapuh & rangup. Menu ni sebenarnya tidak hanya statik untuk minum petang atau kudapan sahaja.Kalau nak buat menu sampingan untuk hidangan tengahari pun boleh.Biasanya wife aku akan gandingkan menu ini bersama Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Kembong & Kangkung Goreng dan untuk masakan malam pula biasanya Ikan Celup Tepung ni sesuai dimakan bersama Nasi Putih, Tomyam Seafood, Sambal Belacan & Sotong masak Blackpepper..
Apapun orait jer..yang penting semua bergumbira......bye
Related Posts with Thumbnails

Terima kasih untuk anda....