KAWAN-KAWAN MENU..

Thursday, September 29, 2011

YEE ME | GIANT SEKSYEN 13 SHAH ALAM | MENU TENGAHARI & MAKAN MALAM


Masih lagi mencari-cari menu tengahari ataupun menu makan malam anda. Nasib baik singgah kat blog aku ni. Entri kalai ni nak share satu menu ringkas tapi pasti mengenakkan. Dengan harga yang cukup pasti didalam budget anda, cubalah Yee Mee, Giant Seksyen 13 Shah Alam. Gerai mana satu ye, ala yang tepi sekali dekat ngan booth jeruk tu dan sebelah sinki basuh tangan.

Ni tak de telur..

Kalau waktu tengahari dan makan malam tu memang gerai dia ni wajib penuh sesak dengan orang beratur menunggu order. Makan panas-panas memang sedap, ditambah dengan telur lagi la enak kan.

Apa lagi, jom kita cuba.

KFC | NEW PLATTER COMBO | SARAPAN PAGI ANDA


Mencari-cari sarapan anda untuk hari ini. KFC kini menyediakan sarapan pagi baru untuk anda pada harga RM6.95 sahaja.


Promosi ini telah bermula dan akan berakhir sehingga 19 October 2011.

MCDONALDS FAMILY DINNER BOX



Dengan penjimatan sebanyak RM14.85, kini anda boleh menikmati Family Dinner Box A pada harga RM29.90 sahaja dan berjimat sebanyak RM20.10 untuk Box B dengan harga serendah RM37.90 sahaja.. Apa yang ada dalam tu.


Family Dinner Box A
- 1 Spicy Chicken McDeluxe
- 2 McChicken
- 6 pcs Chicken McNuggets
- 2 French Fries (M)
- 3 Carbonated Soft Drinks (M)
- 2 Sundae (Strawberry & Chocolate)


Family Dinner Box B

- 2 Spicy Chicken McDeluxe
- 2 McChicken
- 6 pcs Chicken McNuggets
- 3 French Fries (M)
- 4 Carbonated Soft Drinks (M)
- 2 Sundae (Strawberry & Chocolate)

Semua ini anda boleh dapati di McDonalds mulai 6 petang. Mari dapatkan sekarang



Tuesday, September 27, 2011

KFC | WORLD HUNGER MEAL | MAKAN SAMBIL MENDERMA

Siapa kata makan tak boleh menderma. KFC kini bersama-sama World Food Programme menghidangkan World Hunger Meal dimana sesiapa sahaja boleh menderma.



RM0.50 dari nilai meal ini akan didermakan. Ingatlah pada merka yang memerlukan.

VOUCHER | MA'CIK BRIYANI | GROUPON

Anda gilakan BRIYANI. kini di Groupon anda boleh menikmati diskaun hebat 52%. Kini dengan harga serendah RM22 untuk 2 orang anda boleh menikmati Briyani dari Ma'cik Briyani. Dimana lokasi ni, The Curve Mutiara Damansara takan tak tau kut.

Jangan ketinggalan, masa terhad.

Layari GROUPON - MA'CIK BRIYANI






VOUCHER - KITES RESTAURANT HOLIDAY INN | GROUPON

Peluang terhad, dan pastikan anda tidak ketinggalan. Tawaran hebat daripada Groupon sebanyak 51% dari harga asal. Kini anda boleh menikmati buffet serendah RM47 sahaja (harga asal RM95.12). Kenapa peluang ini anda hendak lepaskan.

Layari ini GROUPON - KITES RESTAURANT HOLIDAY INN, GLENMARIE SHAH ALAM









BERAS TIRUAN | DULU TELUR KINI BERAS PULA

China oh China, memang hebat teknologi diorang ni. Dari dulu tak habis-habis semua benda dia nak explore dan produce. Selepas kita digemparkan dengan kemunculan telur tiruan, kini sekali lagi datang dari China beras tiruan.

Nauzubillah, makanan ruji rakyat Malaysia kini dikhuatiri akan memasuki pasaran Malaysia sebagai bahan tiruan. Segala butiran lanjut mengnai ini masih lagi menjadi tanda tanya.



Rasanya cara terbaik untuk kita mengelakkan serta menangani gejala beras tiruan ini, BELILAH BERAS TEMPATAN.



Insyaallah ASLI..

Tuesday, September 20, 2011

MENU HARI RAYA | RUMAH TERBUKA | BROWNIES LOVER

Berkongsi itu tidak salah.

Apa yang aku nak kongsi ni mungkin menarik minat sesetengah orang. So anda mesti pilih. Layari link dibawah...



CADANGAN MENU OPEN HOUSE |

Salam,

Ni sambil-sambil google aku terjumpa, kepada sesiapa yang berbudget besar untuk Majlis Rumah Terbuka, bolehlah cuba katering ini. Promo tidak berbayar dari aku...



Harga dari RM13.00 ker RM 23.00 seorang..

MENU HARI RAYA | RUMAH TERBUKA | OPEN HOUSE

Hari ini dah masuk 20 hari kita menyambut Aidilfitri. Terasa sekejap je masa ni berlalu dan tak sampai 10 hari lagi Syawal akan melabuhkan tirainya. 

Disini aku ingin berkongsi dengan pembaca semua beberapa menu-menu pilihan di rumah-rumah terbuka. Seperti aku baru-baru ini mengunjungi jiran sebelah mengadakan rumah terbuka. Menu yang tak asing lagi ialah KETUPAT dan RENDANG. Ini juga menu kegemaran aku dihari raya. Selain dari itu, pihak tuan rumah menghidagkan nasi lemak, laksa, spaghetti, kuih muih serta pelbagai buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Antara menu popular rumah terbuka lain yang biasa kita jumpa adalah seperti SATAY, MEE REBUS, BIHUN SUP, KUEY TIAW GORENG, NASI BRIYANI, NASI TOMATO dan macam-macam lagi. Tidak lupa pencuci mulut seperti PUDING, KARAMEL serta BUAH-BUAHAN.

So, selamat menjamu selera, sementara menikmati hidangan rumah terbuka jangan lah makan secara berlebihan. Walaupun negara kita kaya raya serta mewah dengan makanan, diingatkan juga supaya jagan terlalu membazir dan berpada-pada.

Salam Aidilfitri...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SALAM,

Masih berlum terlambat, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI kepada semua pembaca-pembaca blog APA MENU HARI INI... ini. Ucapan terima kasih kepada semua sokongan serta kesudian anda mengunjungi blog ini.

Mohon maaf juga sekiranya ada terkasar didalam pengunaan bahasa didalam blog ini.
Related Posts with Thumbnails

Terima kasih untuk anda....